Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

30 July, 2012

Solid food - Baby food processor

Diam tak diam, Haikal dah masuk 7 bulan 1 minggu =) kejap je masa berlalu.
rasa cam baru je lahirkan haikal yg cinonet tuh. skang dah jadi hero mama dah, tangan siap nak berketak2.

sedeh gak tak dapat nak breasfeed Haikal until now..huhu. tapi mama kene make sure Haikal dapat semua nutrisi yang sepatotnye. mase Haikal dah cecah 6 bulan, saya mmg dah bagi dia makan Cerelac. awal-awal dulu dia suka gak. dapat la makan dalam 10 sudu. hmm skrg dia dah tak berapa nak.. maybe sebab dah bosan. pernah jugak makan Heinz Pear and Pisang.. dia macam suka jugak. tapi tu pon bertahan sekejap je. pastu dia bosan .




now, i'm surveying for food processor. worth it or not to own one? nmpk mcm mudah dan cepat bila ade alat ni. Hasil survey, dapat di simpulkan yang saya berkenan dengan

Little Bean -Supertrio Food Processor(Steamer, Blender & Warmer)

                                          Harga : RM 299

 

Ada tak mama2 kat luar sana nak share resepi bubur baby.. hehe. 

 boleh prepare puree veges and fruits tok baby..sape yang dah penah beli, boleh x share berbaloi ke tidak bende ni..hehe


25 July, 2012

Selamat berpuasa!

Diam tak diam, dah masuk 5 hari kita berpuasa. sekejap je masa berlalu.
berpuasa kali ni lain sket. hubby jauh di negeri orang, tapi nasib baik anak ade kat depan mata. hehe.. oh mama rindu Haikal =p

oleh itu, marilah kita sama2 pergi bersolat tarawih..hehe

Selamat berpuasa kawan2!

p/s: baru dekat 5 hari puasa, seluar dah ketat..arrghhh.. beringatlah semasa berbuka =p

11 July, 2012

Gedebuk! Jatuh katil

Tanggal 6 July lalu, untuk pertama kalinya Haikal jatuh katil.
kol 5 pagi, GEDEBUKK bunyinya..apalagi, mamanye yg sedang enak tidor, terkejut bukan kepalang bila dgr bunyi kuat. mmg sentap rase jantung bile tgk kat atas katil kosong dah, Mane Haikal?
Kuat nye Haikal nanges, mesti sakit giler.. adeh cian anak mama. tu pon tidornye dah dihadang dengan bantal2 kat sekeliling..

Haikal nangis kejap je, pastu teros gelak2 bile kene agah ngn atok ngn opah.. opah cepat2 tiarapkan Haikal, nk tgk ade side effect x lepas jatuh. lepas ditiarapkan, Haikal teros cuba meniarap n cuba duduk walopon mmg senget2.. lega betol rasenye..

malam tu hubby i balik, cerita kat dia ape yg berlaku.. nasib baik i x kne marah..haha (takot dikatakan cuai).
boleh plak hubby gelak2..dia kata biasala budak tgh lasak ni..hmm..

yg bestnye, mlm keesokan harinya Haikal jatuh katil buat kali ke-2! 2 kali berturut2!
 mlm2 berikutnya teros kami bentang toto je depan tv. HAHAHA tobat dah xmo tido atas katil







i miss u my debab!

19 June, 2012

Calling for all DENIM lovers!

Dear friends, i'm calling for all denim lovers out there..


sapa ade boyfren, tunang, suami, adik abang or ayah yg peminat setia denim? lebih2 lagi denim or jeans jepun!

ada berita SANGAT BAIK untuk anda semua! Denim Artisan menyediakan pelbagai jenis jeans yg berkualiti tinggi yang selama ini menjadi kegilaan semua! ewwah =p

Denim Artisan adalah bisnes kecil2an yg diusahakan oleh hubby yours truly. so sebagai isteri yg baik, saya tolong la promotekan. hehe. bisnes ni terhasil, bila suami sangat gilakan jeans2 tersebut. bila mendapat lobang atau pon cara utk mendapatkan nya dengan murah, maka terhasillah idea untuk berniaga kecil2an.

in-stock jeans adalah sgt terhad, jadi kebanyakkan jeans dijual adalah melalui pre-order, mengikut size dan kesesuaian si pemakai. medium utama utk jualan yang menjadi pilihan suami adalah melalui forum lowyat, blog Denim Artisan hanya sampingan.

Antara jenama jeans yg boleh didapati di DenimArtisan adalah spt:

  • Evisu
  • Naked n Famous
  • Momotaro
  • Samurai
  • Sugarcane
  • PRPS
  • Nudie - hot selling
  • Imperial
  • The Flat Head
  • APC
  • dan sebagainya. 

Kelebihan membeli di Denim Artisan:

  • Lebih murah
  • Boleh dimiliki walaupon tidak dijual di Malaysia
  • Mampu milik
  • Brand new with tag (bkn terpakai)
  • Free consultation - sizing, cara penyucian 
Jika berminat, untuk pakai bergaya di waktu raya, majlis kenduri kahwin, atau sebagai hantaran perkahwinan, bole la menghubungi no. yg tertera di bawah:

Moja: 012-9199890




"Marilah Bergaya Di Hari Raya bersama Jeans Idaman"

14 June, 2012

TANJOUBI OMEDETOU OTTO

tajuk diatas sbnanye google translate saje, yg bermaksud: Happy Birthday Hubby!

Harini genap usia suami 27 tahun. hanya kad ucapan je yg dikirimkan kpd beliau. hehe. niat asal nk bg flower bouquet. tapi last minit cancel plak (takot suami x appreciate sbnarnye) HAHA.

hadiah pon xde beli lagi. cuma da ade dlm fikiran nak kasi ape. bila tanya kat dia, katenye kasih sayang je dah mencukupi. ewwah sgt la kan. =p
hujung minggu ni kt celebrate k! cepat balik s.alam yok!




The Daily Chores of Life

The daily chores of life, tends to get us so busy,
The tensions we face everyday gets our heads dizzy,
But even amidst all this mess i just want you to know,
Dearest hubby I love you more than i can show.

I forget to remind you my darling how much i really care,
Today i want to tell you baby, that I'm always there.
Happy Birthday hubby!

wishafriend.com




Love u always !

30 May, 2012

1st Wedding Anniversary - Cameron HIghlands Vacation

1 April lalu, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Ketika itu, kami berada di rumah MIL. so xde la nak celebrate sgt kan. tiada pertukaran hadiah antara kami suami isteri. hanya berbalas ucapan ulangtahun perkahwinan. sekejap je masa berlalu. sudah la setahun, tak sempat nk prepare hadiah or bake any cake. tapi sempat beli kad ucapan tau. HAHAHA.

memandangkan kami mengamalkan LDM (long distance marriage), bila suami cuti n ditambah pula cuti hari buruh, mastila i cuti jugak kan. kene menghargai masa yang ada bersama suami. ecceh.. so we planned for a very short weekend getaway to Cameron Highlands. Actually to celebrate our postponed 1st anniversary. HAHAHA. lps sebulan baru nak celebrate (better late than never gitu =p)

cerita pasal vacay to Cameron pon dah basi sebenarnya. yelah bercuti ujung bulan April, now da ujung bulan may? apakah??

Layannn...

 mama & haikal otw panjat Sg Palas Tea Plantation

 MasyaAllah.. cantiknye scenery.

 Papa pon nk jugak. tak fair la asek mama je bergambar.

 "kurus" tak mama? wahahaha
perasan ok.
 Haikal mase ni dah ngantuk giler. tapi mood dia baik sungguh. selalu mesti mengamuk nak tido bile ngantok.
tersadai je anak mama atas meja. HAHA. lazat sungguh.

 Minum teh kat sini mmg feeling.
lagi2 bile dilayan bersama scone.
tapi bapak mahal la.
layankan je ok.

 si anje mama.

 EQ Strawberry Farm ni not bad.
sblm self pick, uncle owner tu bg rase strawberry yg teramat dashat manis.
tros setuju nk pick sendiri.
sepapan Stoberi = rm25.

 merah cam ni mmg manis, lagi2 kalau dah nk merekah buahnya.

 cian haikal x leh makan, wahaha

 calories? apa tu?
sedap weh. RM5 je.

 after dinner, lepak starbucks jap sbb nk online tenet.
hotel x provide wifi kat bilik plak..

 Oh ya, we stayed at Century Pines Resort for 2 nights.
Booked via Agoda and we got the best deal.

 papa & son

 mase ni haikal baru masuk 4 months.
tangan nak bersegmen bagai.

 otw balik s.alam, singgah sebentar di Cameron Valley.
Last stop kalau nk buat any last minute shopping. ade kedai souvenir kat sini.
of course you can't expect its cheap here.

Behind the Scene:
This is Haikal's first vacation.
i found it quite tough. especially how can i forgot to bring his colic drop?
that is the most crucial item for him.
i thought he has passed the colic period (from my reading, most babies had colic until 3 mo)
the 2nd night we were there, he had his colic problem. although he is 4 months old at that time, 
once a while he will has it. 
he cried almost half and hour and we rush to the town looking for clinic. No clinic open in Tanah Rata.
Only one clinic open in Brinchang.
Alhamdulillah =)

Other than that, Cameron is no longer cool, even at night.
btw, last time i went to Cameron the last 10 years with the rombongan sekolah.
haha. mase tu cameron mmg sejuk giler.
now no more. =(

Last but not least, we were enjoying our first family trip together to the bits.
This is just a start.
Hopefully kalo ade rezeki lagi, kt holiday tmpt lain k.

 
Akhirnya ada family photo. yeay.

23 May, 2012

Wordless Wednesday









Good one!
you got me! Incredible Shrek! =p